Martín Vizcarra
Martín Vizcarra

Martín Vizcarra

Martín Alberto Vizcarra Cornejo OSP (Sebutan Sepanyol: [maɾˈtin alˈβeɾto βisˈkara koɾˈnexo];[note 1] lahir pada 22 Mac 1963) adalah seorang jurutera dan ahli politik Peru yang kini merupakan Presiden Peru. Vizcarra dahulunya berkhidmat sebagai Gabenor Wilayah Moquegua (2011–2014), Menteri Pengangkutan dan Komunikasi di Peru (2016–2017), dan Duta Peru ke Kanada (2017–2018), kedua-duanya semasa kepresidenan Pedro Pablo Kuczynski.Semasa pilihanraya umum tahun 2016, Vizcarra bertanding atas tiket Peruvians for Change sebagai calon untuk Timbalan Presiden Pertama dan sekutu kepada Pedro Pablo Kuczynski. Mereka berjaya menang tipis ke atas pencalonan Keiko Fujimori dari Popular Force.Vizcarra telah mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden pada 23 Mac 2018 berikutan perletakan jawatan Presiden Kuczynski.[1][2] Menuntut pembaharuan menentang rasuah, Vizcarra membubarkan Kongres Peru pada 30 September 2019 dan pada hari berikutnya, telah mengeluarkan satu dekri untuk satu pilihanraya perundangan akan diadakan pada 26 Januari 2020.